ThePeeps

Sunday, May 19, 2013

311. Forgiveness





" Forgive me Allah, 
for the wrong I have done,
for anger, I shouldn't against anyone
even though I've failed you Allah,
I know you'll forgive me
and this, I promise Allah, a better muslim i will be".










a better muslim i will be..


Wednesday, May 8, 2013

310. Hari reset sedunia


Assalamualaikum wbt..


Lepas sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, dua minggu, tiga minggu, sebulan dua bulan, tiga bulan..  tangguh nak hapdate belog. Simpan entri macam ikan pekasam bau masam dah. huhu..
Alhamdulillah, hari ni ada kesedaran nak hapdate blog sikit. Tima kasih Hizami buat saya rasa rindu nak blogwalking ni.. *cewahh rinduu.eh. 
Kesibukan Praktikum tiga bulan pun dah lepas, nak bagi alasan apa lagi kalau bukan sebab malas. haihh.. mengeluh pun tak jadi. Jadi, perlu hapdate nak bagi oksigen sikit dekat blog ni.


Sedang syok relaks-relaks minggu study week ni disamping internet yang super duper laju *seriyes lajutaktipu langsung ok, godek godek la hendepong(baca dangan nada korea) baru ni.. donlod la segala benda bagi kemudahan bersama, rasa tension pulak. Ah, kenapa pulak rasa tension ni?
Mana tidaknye, lepas donlod segala apss, gmail pun baru sebab tak dapat nak sign in hendepong lama punya... tak boleh buka pulak segala apps yang di donlod tadi, sebab tak ingat password. Facebook je dapat buka.. *ingat pulak password FB yo?  kikikikikiii...


Lepas try and error patbelasjutakali, picit picit kepala sikit, saya pun buat keputusan untuk reset and have new password!!!! hahaaha.. bijak kannnn.. (pasni kena catat segala pasword tu.ishh). Nak lagi bijak semua apps tu, password dia sama sebiji aje.. Fine, nampak sangat mudah lupa. Eh, dunia yang penuh globalisasi ni banyak benda lagi saya nak ingat ok. *oh, lempang diri sendiri.
Ohh.. jadilah hari resett sedunia >,<



#ya ampun... entri bosan macam ni baik tak payah hapdate. okbai



Saturday, March 23, 2013

309. Hari menyentuh perasaan



Assalamualaikum wbt..


Khamis, 21/03/2013 lepas merupakan hari yang sangat menyentuh perasaan saya dan  nurul, kerana segala penat lelah kami rasakan sangat berbaloi. Semua murid yang menyertai Majlis Sukan Sekolah Zon Kluang Timur,MSSZKT telah melakukan sedaya upaya mereka. Dengan latihan pada saat-saat akhir dan baru saja lepas minggu peperiksaan, mereka boleh tersenyum lebar.


Berbulan bulan tanpa sebarang hapdate, kononnye tengah membizikan diri sebagai guru praktikum di SK Kampong Melayu (SKKM), plus sedikit rasa poyo sebenarnya sebab malas nak hapdate. kekekkekee *ayat macam roti canai.
Oh sikit je tipu, selebihnya memang super duper bizi, hari minggu penuh dengan aktiviti dan setiap hari balik kepenatan pastu tido sampai petang, malam berjaga pagi besok jadi zombie. Tapi sebab dapat mengajar dengan penuh eksaited jadi zombie kejap je terus bertukar jadi cikgu yang penyayang lagi peramah cewahhhhh... Itu la dunia praktikum tahun akhir yang sangat mencabar jiwa dan raga.

Praktikum akhir ni pun hampir sampai ke penghujungnya, lepas cuti sekolah ni tinggal tiga minggu lagi untuk saya selesaikan latihan, esaiment, dan kutip segala ilmu yang ada untuk bekalan jadi guru nanti. Setiap kali praktikum, pelbagai pengalaman baru dan berbeza akan saya rasai, memang sangat mecabar. Sobb..sobbss.. tiba tiba rasa sedih nak tinggal sekolah :')


Pertandingan peringkat : MSSZTK
Tempat : SMK Tun Hussein Onn, Kluang Johor
Hari : Khamis
Tarikh : 21/03/2013
Jurulatih acara : Lari (4x100, 4x200, pecut 100m & 200m)
Penyertaan murid ;
- Lari 4x100, 4x200 (L10,12 & P10,12)
- Pecut 100m & 200m (L10,12) (P10,12)
- Berpagar (80m, L12, P12)
- Lompat tinggi
- Lompat jauh
- Lontar peluru


streching, satu dua tiga emmmpaaaattttt.... lima enam tujuh lapaaannnn XD

Danish had try his best, i'm crying with him. Lari semua acara sampai kaki berasap :')

Hanan aiming for medal :)

Rahmat, semua medal dia bolot :)

Syahmi aiming for de best :B

Amar tak pernah masuk / berlatih acara lompat pagar, hari pertandingan reda aje. Tiap kali lompat cikgu bismillah supaya tak jatuh. catat masa boleh tahan :)

Atiqah with new record :D

penat cikgu berbaloi :')

 all stars :D

 Daniel Danish always give me a bright smile :)

Rahmat : bolot semua  medal, new record dua acara, tersenyum sampai telinga, banggakan sekolah, cikgu tumpang gembira, ayah senyum sepanjang hari


Selamat bercuti :')